
FAM perlu percepat musim 2021 MPFL – Casas
KUALA LUMPUR 7 Jun — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mempercepatkan musim 2021 Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) selepas musim 2020 dibatalkan akibat pandemik COVID-19, kata ketua jurulatih Pahang Rangers FC, Gerard Casas.
Pengendali berusia 31 tahun dari Sepanyol itu walaupun kecewa dengan pembatalan pertandingan, bagaimanapun, menerima keputusan yang dibuat oleh badan induk kebangsaan itu dalam menjaga kesejahteraan jurulatih, pemain dan juga peminat.
“Ia sangat mengecewakan saya kerana saya telah menyiapkan skuad terbaik untuk musim ini tetapi pertandingan dibatalkan kerana wabak itu. Saya dapat melihat kegembiraan dalam kalangan pemain saya ketika pasukan mengalahkan Sarawak 9-1 pada perlawanan pembukaan.
“Walaupun begitu, berharap FAM dapat mempercepat musim 2021 ketika keadaan COVID-19 bertambah baik,” katanya melalui hantaran terbaru di laman Facebook pasukan itu.
Casas yang kini kembali ke negaranya, memuji usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuk petugas barisan hadapan dalam memerangi ancaman COVID-19 di negara ini.
Baru-baru ini, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengumumkan pembatalan pertandingan Piala Belia, Piala Presiden dan MPFL, disebabkan bola sepak dan futsal adalah antara aktiviti yag dilarang Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana ia dikategorikan sebagai sukan melibatkan sentuhan.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...
SUKAN MEMANAH TRADISIONAL BERKEMBANG DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 April - Sesuai dengan saranan agar umat Islam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sukan memanah tradisional kini semakin...