Fahmi ucap tahniah kepada Suhaimi sebagai Ketua Pengarah Penyiaran baharu
KUALA LUMPUR, 19 Jan – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada personaliti penyiaran Suhaimi Sulaiman atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.
Menerusi catatan di Facebooknya, Fahmi berkata Suhaimi mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima.
“Insya-Allah dengan kepakaran beliau akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia,” menurut catatan itu.
Suhaimi, 61, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.
Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam bidang penyiaran dan kewartawanan termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 dan Pengerusi Bernama pada 2020.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025
KUALA LINGGI 17 Januari - Sejumlah RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi sumbangan perayaan Tahun...
GAHARU, NANAS MD2 ‘PERMATA’ KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kilang Gaharu dan Ladang Nanas MD2 menjadi antara dua produk agropelancongan yang berpotensi diperluaskan seterusnya...
W.R.U.R: HAMPIR 1 TAN SISA DIBERSIHKAN DI PEKAN KUALA SUNGAI BARU
KUALA LINGGI 17 Januari - Hampir satu tan sisa berjaya dibersihkan di Pekan Kuala Sungai Baru, di sini, menerusi Program...
DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN
TELOK MAS 17 Januari - Dua nelayan dipercayai hilang selepas keluar memukat di perairan Pulau Undan sejak Rabu lalu. Pengarah...
W.R.U.R ‘TERANGI’ LAMPU JALAN DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Sebanyak 123 lampu jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang rosak telah...
175 MASYARAKAT TIONGHOA TERIMA ANGPAU
KUALA LINGGI 17 Januari - Seramai 175 orang masyarakat Tionghoa dari Parlimen Masjid Tanah menerima sumbangan perayaan bersempena Tahun Baharu...