Fahami terma dan syarat sebelum buat penebusan

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

AYER KEROH 23 Ogos – Orang Melaka mahu memanfaatkan tawaran masuk percuma ke lokasi pelancongan bermula esok (24 Ogos) hingga 31 Disember ini disarankan supaya memahami terma dan syarat ditetapkan sebelum membuat penebusan tiket.

Kerajaan Negeri menerusi satu kenyataan memaklumkan, rakyat Melaka pemegang MyKad ’04’ dan ’30’ serta pemastautin tetap yang layak perlu melanggan saluran telegram rasmi Kerajaan Negeri Melaka, MyMelaka News bagi mendapatkan kod ‘QR’ seterusnya melakukan pendaftaran menerusi sistem Rakyat Negeri Melaka.

Whatsapp Image 2024 08 23 At 9.55.50 Am

“Kepada anak-anak atau warga emas yang tidak mempunyai kemudahan telekomunikasi (telefon pintar) penjaga atau ibu bapa berhak melakukan pendaftaran untuk mereka bagi tujuan penebusan tiket percuma.

“Setiap kawasan pelancongan yang menawarkan tiket percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat-syarat. Rakyat perlu perhalusi syarat-syarat yang dinyatakan bagi setiap tempat pelancongan ini untuk mengelakkan kekangan.

“Sebagai contoh, Zoo Melaka hanya membenarkan 1,000 pengunjung untuk menebus tiket dalam masa sebulan,” kata kenyataan itu.

Whatsapp Image 2024 08 23 At 9.55.48 Am (1)

Antara lokasi pelancongan menawarkan kemasukan percuma bagi tempoh 24 Ogos hingga 31 Disember adalah, Menara Taming Sari, Zoo Melaka dan muzium kendalian Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Sementara itu Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) pula menawarkan kemasukan percuma bagi perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC) dan Eco-Cruise Sungai Linggi.

Whatsapp Image 2024 08 23 At 9.55.48 Am

“Sebagai makluman setiap lokasi pelancongan menetapkan syarat kemasukan mengikut kesesuaian masing-masing. Contoh Menara Taming Sari turut mensyaratkan rakyat Melaka mahu menebus tiket supaya melanggan (like) semua platform media sosial Menara Taming Sari Melaka.

“Satu lagi contoh bagi perkhidmatan Eco-Cruise Sungai Linggi pula terhad kepada 40 penumpang sehari dan tiket sah digunakan pada Selasa dan Rabu sahaja,” katanya.

6159022225777344702

SUASANA orang ramai yang berkunjung ke Zoo Melaka pada Program Melaka Bila Larut Malam sempena Tahun Melawat Melaka 2024. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3586
Kongsi :
Previous post Invest Melaka bantu usahawan PKS ke arah digital
Next post Regu takraw Melaka buru emas
Ubah saiz-+=