Sorting by

×

FAHAMI KONSEP MADANI SECARA MENDALAM

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

KUALA LINGGI 17 Disember – Penganjuran program Wacana Minda Malaysia MADANI mampu menjadi platform yang efektif dalam menyemarakkan perbincangan intelektual dan pemahaman mendalam tendang konsep MADANI.

Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora berkata, menerusi platform itu pelbagai pandangan dan ida baharu dapat dibincangkan dalam memperkukuhkan lagi usaha merealisasikan gagasan MADANI yang berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian.

Mengulas lanjut beliau berkata, program hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan UNIMEL menerusi Fakulti Keilmuan Islam (FKI) adalah menifestasi bersama dalam memperkukuh nilai-nilai dakwah dan kesejahteraan masyarakat melalui pendekatan bersepadu yang relevan dengan aspirasi moden.

“YADIM Negeri Sembilan dan Melaka telah menjalinkan kerjasama produktif dalam melaksanakan pelbagai program menyentuh isu-isu kritikal dakwah serta masyarakat seperti webinar cadangan dakwah bersama masyarakat Orang Asli.

“Program ini telah memberikan impak besar dalam memperkukuh kefahaman dan pendekatan dakwah secara inklusif. Kami juga turut menjayakan program Liga Mahabbah MADANI di Perkampungan Masyarakat Orang Asli Bukit Payung.

“Semua program ini dijadikan platform untuk memperkukuh hubungan antara masyarakat kampus dan menyampaikan mesej dakwah dengan mendekatan kasih sayang serta harmoni,” katanya ketika berucap pada program Wacana Minda Malaysia Malaysia MADANI di Kampus UNIMEL, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Perasmian program itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Hadir sama Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dah Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah, Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Abdul Halim Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) Datuk Saroni Judi.

Menurutnya, sinergi kerjasama itu membuktikan pelbagai inisiatif bermanfaatkan kepada masyarakat mampu dilaksanakan dengan memberikan impak yang terbaik.

Pada majlis sama penuntut UNIMEL berpeluang berdialog bersama Dr. Zulkifli berhubung konsep MADANI.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

123
Kongsi :
Previous post WARGA EMAS LEMAS KETIKA MEMASANG JARING
Next post  BANJIR: LELAKI BINA PONDOK ATAS POKOK SEBAGAI TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
Ubah saiz-+=