Sorting by

×

FAHAMI ASPIRASI, DENYUT NADI BELIA MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 17 Oktober – Agensi, jabatan dan pihak yang berkaitan sudah diarahkan untuk memperhalusi setiap dapatan hasil daripada tinjuan ‘Aspirasi Anak Muda Negeri Melaka’ yang dilaksanakan baru-baru ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, hasil tinjauan itu mendapati rata-rata anak muda di Negeri Melaka mahukan penekanan terhadap aktiviti sukan dan pendidikan selain kemajuan teknologi ICT yang melibatkan golongan belia.

Jelasnya, suara anak muda itu akan dijadikan panduan untuk membentuk satu dasar baharu atau inisiatif yang dapat diselarikan dengan hasrat para belia di negeri ini.

“Lantas, untuk memahami aspirasi dan denyut nadi belia, kerajaan kini lebih bersedia menjadi pendengar yang baik, mempunyai empati terhadap sudut pandangan, keluh kesah, rintihan, pendapat serta saranan saudara-saudari sekalian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2024, berlangsung di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Datuk Khaidhirah Abu Zahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Mohamad Mazlan Anis serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

107
Kongsi :
Previous post BELIA BERSAMA MAJUKAN MELAKA
Next post PENDEKATAN KREATIF, INOVATIF SANTUNI BELIA
Ubah saiz-+=