Exco, Timbalan Exco antara penerima Darjah

Masa Membaca:3 Minit, 50 Saat

SERI NEGERI 25 Ogos – Anggota perkhidmatan awam Negeri dan Persekutuan, ahli politik,  tokoh korporat dan pengamal media antara penerima anugerah pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam Ke-75.

Pada Istiadat sesi pertama dan kedua, hari ini yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam turut bersetuju menganugerahkan Darjah, Bintang dan Pingat kepada ahli Pertubuhan bukan kerajaan, penggiat seni, ahli Badan sukarela serta Kelab sukan.

Img 20240825 113944 060
YANG di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam mengurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, tersenarai sebagai penerima utama yang dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) membawa gelaran Datuk Seri.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Zuriyah Abdul Aziz, juga Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Melaka (BISTARI), menjadi antara tujuh penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) membawa gelaran Datuk Wira.

Img 20240825 211858 188
YANG di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam mengurniakan Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira kepada Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Abdul Aziz. Foto Iqmal Haqim Rosman

Antara penerima lain D.C.S.M adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Wira Roslan Abdul Rahman; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Wira (Ir.) Roslan Ismail; Naib Presiden MCA dan Pengerusi MCA Melaka, Datuk Wira Lim Ban Hong; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh; Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Wira Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Zainal Abu.

Img 20240825 183229 670
DATUK Wira Lim Ban Hong dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira. Foto Iqmal Haqim Rosman
Img 20240825 205623 754
PEGAWAI Kewangan Negeri, Datuk Wira Salehah Salleh dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira. Foto Iqmal Haqim Rosman

 

Img 20240825 205918 946
PENASIHAT Khas Kepada Ketua Menteri, Datuk Wira Zainal Abu dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu tiga Exco Kerajaan Negeri Melaka menjadi antara empat individu dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk.

Img 20240825 210331 373
EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Penerima D.M.S.M adalah Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem dan Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Zahid Rastam.

Img 20240825 210338 920
EXCO Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam. Foto Iqmal Haqim Rosman

 

Img 20240825 210335 869
EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem. Foto Iqmal Haqim Rosman

 

Manakala Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur,Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Zahari Abd Kalil, Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas dan penggiat seni Datuk Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk.

Img 20240825 210826 125
TIMBALAN Exco Kerja Raya, Infrastruktur,Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Zahari Abd Kalil. Foto Iqmal Haqim Rosman
Img 20240825 194202 295
DATUK Mohammad Zalimei Ishak atau Datuk Remy Ishak. Foto Iqmal Haqim Rosman

 

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah dan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri, Mohd Saleh Jusman tersenarai sebagai penerima D.P.S.M bagi sesi ketiga penganugerahan yang berlangsung esok.

Photo1682499251
TIMBALAN Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah. Foto Iqmal Haqim Rosman

 

Whatsapp Image 2024 03 28 At 1.22.51 Pm
PENGURUS Besar Perbadanan Ketua Menteri Mohd Saleh Jusman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

490
Kongsi :
Previous post Jualan Agro MADANI jimatkan pengguna RM29.5 juta
Next post ‘Tugas lebih berat selepas dapat Datuk’ – Shanmugam
Ubah saiz-+=