
EXCO tegur pekerja merokok di kilang
MERLIMAU 14 Feb – Beberapa pekerja yang sedang asyik merokok dalam kawasan sebuah kilang, di sini, ditegur EXCO Kesihatan Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh.
Teguran itu dilakukan berikutan telah dikuatkuasakan larangan merokok di dalam premis berkenaan.
Selain itu, katanya, kesemua mereka juga didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), selain tidak mengamalkan penjarakan fizikal yang mana ia dikhuatiri boleh menjadi punca penularan COVID-19.
Beliau turut memaklumkan penularan COVID-19 boleh berlaku ketika memegang puntung rokok berikutan kebanyakan kes di negeri ini merupakan kes jangkitan sporadik.
Kesemua pekerja yang duduk di bawah pokok berhampiran bahu jalan itu bagaimanapun akur dengan teguran dan nasihat yang diberikan.
Dalam lawatan sama, beberapa unit dan jabatan turut dilawatinya termasuk kantin kilang bagi memastikan setiap kawasan memenuhi SOP ditetapkan.
Bagaimanapun kilang yang menggaji 333 pekerja itu merekodkan sebanyak 21 kes positif COVID-19 dan diarahkan tutup serta merta mulai hari ini sehingga 21 Feb.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...