
Exco serbu kilang ingkar arahan tutup
MERLIMAU 31 Dis – Sebuah kilang yang ingkar arahan menutup premis menerima ‘lawatan’ mengejut daripada Exco Kesihatan Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh.
Muhamad Akmal berkata, kilang berkenaan telah diarah tutup sementara sejak semalam berikutan terdapat laporan berkaitan kes jangkitan COVID-19.
Namun kilang itu bukan sahaja mengingkari arahan, malah, berdasarkan aduan yang diterima, majikan berkenaan turut mengarahkan pekerja yang dikategori kontak rapat hadir bekerja.
“Amaran keras diberikan pada mana-mana pihak industri yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak jabatan kesihatan negeri melaka.
“Kita tidak akan berkompromi sama sekali untuk membiarkan mana-mana pihak mengambil kesempatan demi untuk melindungi kesihatan pekerja dan juga masyarakat,” katanya.
Muhamad Akmal berkata, mana-mana pekerja atau masyarakat yang mempunyai bukti salah laku majikan yang ingkar arahan sedemikian boleh segera melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau menghubunginya.
Katanya, segala maklumat pengadu akan dirahsiakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...