Sorting by

×

EXCO, PENJAWAT AWAM NADI KEJAYAAN NEGERI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

SERI NEGERI 25 Mac – Kehebatan Melaka bukan hanya terletak pada sejarahnya, tetapi juga warga kerja yang berdedikasi dan bersama-sama bersemangat dalam membangunkan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kejayaan negeri ini adalah hasil usaha penjawat awam yang komited dalam melaksanakan tugas dan barisan exco yang sentiasa bekerja untuk rakyat.

“Kenapa orang datang ke Melaka? sebab adanya penjawat awam yang bekerja untuk rakyat dan barisan exco yang terbaik dalam memajukan negeri ini. Jika semua pihak terus bekerjasama dalam membina negeri ini, dalam tempoh dua tahun lagi Melaka akan menjadi destinasi pelancongan yang lebih hebat dan berdaya saing

“Selain itu Melaka juga ada satu ‘mantera’ yang menjadi daya penarik hingga menjadikan negeri ini sebagai sebuah destinasi yang cukup hebat. Antara inisiatif menerusi mantera ini adalah program Melaka Bila Larut Malam yang mana setiap bulan kita menawarkan kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih pada harga serendah RM10 sahaja.

“Inisiatif ini menjadikan Melaka satu-satunya negeri yang berani melakukan langkah sedemikian,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri Bersama Warga Jabatan Ketua Menteri Melaka di Dataran Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam dan lain-lain barisan exco serta timbalan exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

401
Kongsi :
Previous post MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA
Next post EMPAT PENJENAYAH SOLO TEWAS