EU bakal lulus rejim sekatan baharu
BRUSSELS 7 Dis. – Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan mesyuarat di Brussels pada Isnin, untuk meluluskan kerangka dokumen bagi memudahkan pelaksanaan sekatan untuk mana-mana negara yang didapati melanggar hak asasi manusia, lapor agensi berita Sputnik.
Sebelum ini, dokumen itu telah diluluskan di peringkat perwakilan tetap EU.
Penerimaan rejim sekatan baharu itu disyorkan setahun lalu oleh Perwakilan Tinggi EU untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Josep Borrell. EU membandingkannya dengan Akta Magnitsky Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, ketua diplomasi EU menjelaskan sistem baharu itu bukan untuk ditujukan kepada negara tertentu, tidak seperti tindakan AS, ia tertakluk di dalam EU sahaja. Langkah-langkah sekatan itu antaranya pembekuan aset dan larangan masuk.
Beliau turut mengatakan EU tidak merancang untuk mengenakan sekatan yang membahayakan rakyat, seperti sekatan AS terhadap Iran.
Mekanisma sedia ada tidak bersifat global dan menyasarkan sekatan bergantung kepada situasi di negara-negara tertentu.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...
MENARA TAMING SARI LEBIH ‘MENDUNIA’ 2025
BANDA HILIR 5 Januari - Produk pelancongan, Menara Taming Sari terus mendapat sambutan hangat pengunjung pada program Melaka Bila Larut...
1,142 NIKMATI ‘CRUISE LARUT MALAM’ RM10
BANDARAYA MELAKA 5 Januari - Melaka River Cruise merekodkan kehadiran 1,142 pengunjung bersempena program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
ZOO MELAKA BUKA TIRAI 2025 DENGAN SAMBUTAN HEBAT
AYER KEROH 5 Januari - Zoo Melaka kekal menjadi antara destinasi pilihan pada program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
NAHAS KM 204: RIM TAYAR LORI ‘HILANG’ DITEMUI DI TANGKAK
ALOR GAJAH 5 November - Komponen rim dipercayai milik lori yang tayarnya tercabut dan menjadi punca nahas di Kilometer 204...
PRODUK PELANCONGAN PPSPM JADI PILIHAN LARUT MALAM
BANDARAYA MELAKA 4 Jun - Dataran Pengkalan Rama dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar Melaka bersempena Melaka Bila Larut Malam...