
Eric Paulsen digugurkan dari MPKM
AYER KEROH 16 Jun – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan Eric Paulsen bukan lagi Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).
Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan, hari ini.
“KKMM ingin memaklumkan bahawa peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli MPKM.
“Bagaimanapun keputusan ini tidak akan menjejaskan fungsi MPKM, yang telah ditubuhkan pada 9 Jun 2020 yang lalu.
“Ia akan terus berperanan membincangkan dan menasihati kementerian dalam pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia selaras dengan matlamat KKMM,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, pelantikan Paulsen menerima bantahan ramai pihak, termasuklah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Mohd Rafiq yang juga Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka menyifatkan pelantikan Paulsen wajar ditarik semula memandangkan beliau terkenal sebagai seorang peguam yang ekstrem dan sering mengeluarkan kenyataan menghina Islam.
Views:
Related


Berita Lain
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...
LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Mac - Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah...
MAYAT REPUT DITEMUKAN DALAM TANDAS TERBIAR
JERTIH 3 Mac - Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mereput ditemukan di tandas terbiar dekat Pantai Bukit Keluang,...
BERKELAKUAN TIDAK SENONOH: DOKTOR DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS
GEORGE TOWN 2 Mac - Seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan bagi membantu siasatan kerana berkelakuan tidak...