Sorting by

×

ERAT KERJASAMA MELAKA-BAHRAIN

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 30 September – Kesempatan yang ada pada World Tourism Day (WTD) 2024 dimanfaatkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pelancongan Bahrain, Fatima Al Sairafi.

Perjumpaan empat mata di Tbilisi, Georgia, itu menyentuh peluang kerjasama strategik termasuk sektor pelancongan antara Kerajaan Bahrain dan Kerajaan Melaka.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah kolaborasi dalam bidang pelancongan perubatan, pembukaan laluan penerbangan, kolaborasi dalam bidang pendidikan hospitaliti serta penyertaan dalam Forum Gastronomi yang akan diadakan pada November.

“Kedua-dua pihak juga berhasrat untuk memanfaatkan potensi pembangunan industri pelancongan di antara Bahrain dan Malaysia khususnya di Negeri Melaka,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Terdahulu Fatima turut mengadakan Perjumpaan bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Hadir sama pada perjumpaan itu adalah Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

249
Kongsi :
Previous post INDIVIDU DISYAKI PENGENDALI ALIRAN TUNAI GISBH DIREMAN LIMA HARI LAGI
Next post TAK LOKEK LEMPAR SENYUMAN
Ubah saiz-+=