
Enam suspek keldai akaun ditahan
BALIK PULAU, 1 Disember – Polis menahan enam individu termasuk tiga wanita kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM25,500 dalam siri serbuan semalam.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, hari ini, kesemua suspek berusia 22 hingga 30 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Mereka yang ditahan dipercayai menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan dalam urusan jual beli komputer riba, telefon bimbit, kereta dan emas melalui dalam talian serta sindiket penghantaran barang melalui dalam talian (Parcel Scam).
“Berdasarkan siasatan jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah antara RM1,000 sehingga RM25,500 melibatkan kes yang dilaporkan pada tahun 2005, 2020, 2021 dan 2022,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kesemua suspek direman direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...