Sorting by

×

Enam ‘distribution centre’ bantu golongan memerlukan – KPDNHEP

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 4 Oktober – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewujudkan enam Pusat Pengumpulan dan Pengagihan (Distribution Centre) Food Bank bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan barangan keperluan harian.

Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof berkata, enam pusat itu melibatkan Negeri Melaka, Johor, Perak, Selangor, Kelantan dan Pahang.

“Sumbangan tidak semestinya untuk mangsa banjir, tetapi kumpulan komuniti terkesan akibat kos sara hidup yang tinggi, kita akan salurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kita bekerjasama dengan Yayasan Almanjie dan diperingkat kementerian kita sentiasa memperhalusi bentuk kerjasama antara pemain industri dan pemilik pasar raya besar, ini cara mereka menyampaikan sumbangan dalam konteks tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Enam pusat pengumpulan dan pengagihan makanan ini aktif setiap hari, sementara itu bagi Sabah dan Sarawak mereka ada sukarelawan sendiri untuk salurkan sumbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan (Distribution Centre) Food Bank Malaysia dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Dc Autocity, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem; Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar.

Menurutnya, Program Food Bank Malaysia (PFBM) dilaksanakan sejak 2018 merekodkan sebanyak 684,056 isi rumah telah menerima manfaat setakat 3 Oktober lalu.

“Program itu juga bertujuan bagi meringankan kos sara hidup rakyat selain mengurangkan pembaziran makanan yang masih boleh digunakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2012
Kongsi :
Previous post Amaran hujan lebat, ribut petir di seluruh negara – MetMalaysia
Next post Sudah tiba masa Bahasa Melayu diangkat setaraf bahasa lain di dunia – PM
Ubah saiz-+=