EMPAT SRA JAIM TERIMA SUMBANGAN WAKALAH

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DUYONG 3 September – Empat Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menerima sumbangan wakalah daripada Public Islamic Bank Berhad (PIBB).

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad berkata, sumbangan berjumlah RM26,250 daripada PIBB dibahagikan kepada SRA yang berkenaan.

Shaifulfazlee berkata sekolah terlibat adalah SRA JAIM Rim (RM6,500), SRA JAIM Kelubi (RM6,500), SRA JAIM Datin Seri Zabedah, Durian Daun (RM6,500) dan SRA JAIM Air Tawar (RM6,750).

“Pemilihan dilakukan oleh PIBB sendiri dan kami difahamkan sumbangan berkenaan sudah dimasukkan ke akaun SRA berkenaan pada awal Ogos lalu.

“Wakalah ini adalah apabila sesebuah agensi atau syarikat itu membayar zakat dan melepasi kadar ditetapkan, jadi kita boleh meluluskan agensi ini menyalurkan agihan zakat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyaksikan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Wakalah Kerjasama Strategik Diantara PIBB dan MAIM di SRA JAIM Datin Seri Zabedah Durian Daun, di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Syariah PIBB, Izwan Mohd Ali Wasi dan Pengurus Pengurusan Tunai & Kerajaan PIBB, Zaimy Abdul Latif.

Mengulas lanjut, Shaifulfazlee berkata MAIM sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi yang berhasrat melaksanakan sumbangan wakalah.

“Sumbangan ini terpulang kepada pihak sekolah gunakan untuk keperluan apa termasuk menambah baik struktur bangunan sekolah itu sendiri.

“Kami berharap agensi lain dapat bekerjasama melaksanakan wakalah ini, insya-Allah kita boleh cadangkan kaedah yang sesuai sekali gus membantu SRA JAIM di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

285
Kongsi :
Previous post PENOLONG PENGURUS SYARIKAT RUGI RM30,000 AKIBAT “PHONE SCAM”
Next post JPNIN MELAKA LAKSANA LIMA AKTIVITI UTAMA SEMARAK SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
Ubah saiz-+=