Empat remaja selamat, dua dikhuatiri lemas mandi sungai di Penampang

Masa Membaca:49 Saat

PENAMPANG, 19 Jun – Empat remaja terselamat manakala dua lagi dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai berhampiran Kampung Pogunon, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang, empat remaja lelaki berusia 17 tahun terbabit dikenali sebagai Jeremiah Maxwell, Constant Felix, Jameson Johnwai dan Bryan Lee berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Sementara dua lagi rakan mereka Harold Walter dan Tomansi Olaf yang dilaporkan hanyut, masih belum ditemukan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sepasukan anggota bomba digegaskan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di sekitar kawasan mangsa dilaporkan hanyut. Operasi SAR dijalankan dengan kaedah surface rescue. Empat mangsa terperangkap di sungai telah berjaya diselamatkan dan mereka tidak mengalami kecederaan.

“Operasi menyelamat dua lagi mangsa hanyut diteruskan pada 6.25 pagi tadi bersama penduduk kampung,” menurut kenyataan itu hari ini.

Operasi SAR turut dibantu anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1260
Kongsi :
Previous post Raja Muda Kedah ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kedah
Next post 600 barangan bersulam manik halus dipamer
Ubah saiz-+=