
EMPAT PENJENAYAH SOLO TEWAS
AYER KEROH 25 Mac – Empat lelaki berusia 31 hingga 58 tahun yang disyaki aktif dalam kegiatan pecah rumah dan samun sekitar daerah ini dicekup polis dalam serbuan berasingan. antara 16 hingga 23 Mac.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nilai kerugian keseluruhan berdasarkan laporan diterima daripada mangsa akibat jenayah disyaki melibatkan suspek berkenaan setakat ini dianggarkan berjumlah RM76,000
Katanya, tangkapan terbaharu dilakukan pihaknya pada 23 Mac melibatkan penjenayah bergerak secara solo yang dikenali sebagai ‘Salleh Solo’ berusia 48 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Berdasarkan siasatan awal suspek terlibat dalam kes pecah rumah menyebabkan kerugian RM45,000. Tangkapan keatas suspek dibuat berdasarkan penemuan penimbulan cap jari miliknya di tempat kejadian.
“Tangkapan pertama melibatkan suspek dikenali sebagai ‘Nathan Solo’ pada 16 Mac, dia disyaki melakukan pecah rumah menyebabkan manga kerugian RM25,000. Sementara itu pada 18 Mac pula kami menahan suspek berusia 58 tahun digelar ‘Joseph Solo’ juga disyaki terbabit kes pecah rumah dan melarikan telefon bimbit rakan yang menyebabkan kerugian berjumlah RM6,000.
“Suspek baru dibebaskan daripada hukuman penjara juga positif dadah hasil daripada ujian saringan awal air kencing. Manakala seorang lagi suspek dikenali ‘Jebot Solo’ pula ditahan pada 20 Mac kerana disyaki terbabit dalam cubaan melakukan rompakan,” beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Halim Abas, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, hari ini.
Christopher berkata, hasil semakan lanjut mendapati empat suspek ini memiliki rekod jenayah lampau dan kesemua mereka kini ditahan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 380 KK, Seksyen 411 KK, Seksyen 393 KK dan Seksyen 384 KK,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.