Empat penghuni cemas rumah teres terbakar

Masa Membaca:43 Saat

UJONG PASIR 24 Mac – Empat sekeluarga termasuk dua warga emas berdepan detik cemas apabila rumah teres didiami mereka di Jalan Texeira, Perkampungan Portugis, di sini, terbakar petang tadi.

Dalam kejadian itu, rumah berkeluasan 20×70 kaki persegi itu hampir rentung, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi Omera Omar, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.21 petang sebelum menggerakkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dan Melaka Tengah ke lokasi.

“Setibanya di lokasi enam minit selepas itu didapati benar berlaku kebakaran sebuah rumah jenis kekal yang berkeluasan 20×70 kaki persegi.

“Rumah tersebut telah terbakar 80 peratus dan anggota bomba mengambil masa 17 minit untuk mengawal kebakaran,” katanya.

Beliau berkata, api kemudiannya berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 5 petang selepas memastikan tiada risiko kemerbahayaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1791
Kongsi :
Previous post LTM (PA) Hanis Farhana sudah tiada…
Next post ‘Runner’ maut motosikal terbabas di Pantai Puteri
Ubah saiz-+=