EMPAT PASUKAN PERUBATAN DITUGASKAN DI PPS

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 16 Oktober – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menggerakkan menugaskan empat pasukan perubatan bagi memberikan perkhidmatan kesihatan dan rawatan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, pasukan berkenaan turut diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti pencegahan, pemantauan dan kawalan penyakit .

“Pasukan ini adalah terdiri daripada pegawai tiga buah Klinik Kesihatan (KK) iaitu KK Merlimau, KK Jasin dan KK Sungai Rambai, mereka mula bertugas sejak PPS diaktifkan.

“Setiap pasukan dianggotai pegawai dan penolong pegawai perubatan serta jururawat bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan dan rawatan kepada mangsa banjir di PPS setiap hari,” katanya.

Menurutnya, sehingga Isnin (semalam) seramai 179 mangsa banjir telah menerima rawatan di PPS dan belum yang dilaporkan dirujuk ke hospital bagi tindakan lanjut.

“Antara perkhidmatan diberikan adalah rawatan pesakit luar, termasuklah konsultasi pesakit kronik seperti diabetes, ‘Hypertension’ dan asma.

“Selain itu hasil pemeriksaan dijalankan, pasukan kesihatan mendapati secara keseluruhan tahap kebersihan di semua PPS adalah memuaskan,” katanya.

Jelasnya, sepanjang PPS dibuka pihaknya tiada menerima sebarang aduan atau laporan terdapat wabak penyakit dan kes keracunan makanan .

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

49
Kongsi :
Previous post PELAJAR TAHFIZ MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK  
Next post LELAKI MAUT TERGELINCIR DARI LORI SAMPAH
Ubah saiz-+=