
Empat institut memandu kena saman
BUKIT KATIL 11 Oktober – Sembilan saman dan 30 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka menerusi Operasi Khas Insitut Memandu (OKIM) Melaka bermula Januari hingga bulan ini.
Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, sepanjang tempoh itu lapan institut memandu sekitar Negeri Melaka diperiksa dan hasilnya empat dikenakan tindakan.
“Sebanyak 67 kenderaan diperiksa dan 42 daripadanya telah telah diambil tindakan. Sepanjang OKIM ini juga kami mengesan lapan kesalahan teknikal melibatkan tayar botak, penggunaan ‘strobe light’ dan tidak memakai tali pinggang keselamatan.
“Lima notis pembetulan dikeluarkan untuk memastikan pihak pengurusan institut memandu membetulkan hal-hal melibatkan teknikal dalam satu tempoh, jika tidak dibetulkan, kami akan keluarkan saman,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Muhammad Firdaus berkata, operasi itu diadakan secara berkala bagi memastikan pengendali institut memandu, tenaga pengajar dan kenderaan digunakan mematuhi peraturan serta syarat-syarat yang dikeluarkan dalam jawatankuasa.
Menurutnya, bahagian penguatkuasaan JPJ akan terus membuat pantauan daripada segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan latihan kepada calon dan institut memandu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
11 AGENSI AGAMA MELAKA BERGABUNG JAYAKAN SAMBUTAN HARI RAYA 24 APRIL INI
AYER KEROH 9 April - Kira-kira 3,000 pengunjung dijangka memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka...
MELAKA-GUANGXI JALIN KERJASAMA PELANCONGAN, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI
BANDARAYA MELAKA 9 April - Kerjasama dalam pelancongan, pendidikan dan pembangunan industri akan diberi tumpuan dalam memperkukuh kerjasama di antara...
MELAKA BERHASRAT JADI TAPAK PELANCARAN INISIATIF AI GUANGXI-MALAYSIA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancaran...
PELANCONG CHINA KE MELAKA MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Melaka mencatatkan peningkatan luar biasa kedatangan pelancong antarabangsa dari China sempena Tahun Melawat Melaka 2024...
5 ANAK MELAKA TERIMA BIASISWA SAMBUNG PENGAJIAN DI CHINA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Seramai lima anak Melaka terpilih menerima biasiswa penuh daripada Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China bagi...
PEMAJU DIBERI TEMPOH SEBULAN BAIKI TEBING RUNTUH
KLEBANG 9 April - Pemaju projek di Jalan Klebang - Melaka Raya diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tebing runtuh...