Sorting by

×

Empat individu lemas mandi di Pantai Gorongan, Putatan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PUTATAN 2 Jun – Empat orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemukan lemas malam tadi, dipercayai dibawa arus ketika mandi laut di Pantai Gorongon dekat Kampung Contoh, Petagas di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan yang hadir di lokasi kejadian.

“Mangsa berusia antara lapan dan 17 tahun dan semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kes terbabit dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah Misran Bisara berkata, semua mangsa ditemukan antara jam 8.23 malam hingga 9.35 malam tadi dan kanak-kanak itu adalah mangsa terakhir yang ditemukan.

“Keadaan air laut surut memudahkan pencarian yang dijalankan sekitar kawasan mangsa dilaporkan lemas dalam anggaran 50 meter dan mangsa mungkin dalam keadaan berkumpulan ketika itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam, semua mangsa dikatakan pergi ke pantai berkenaan untuk mandi bersama empat lagi rakan mereka, namun ketika mahu pulang mereka dikatakan cuba berenang ke tepi pantai namun dipercayai dihanyutkan ombak deras.

Empat rakan mereka berusia sembilan hingga 13 tahun berjaya menyelamatkan diri manakala empat lagi hilang sebelum ditemukan lemas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

724
Kongsi :
Previous post Malaysia akan keluar nota bantahan kepada China, bantah ceroboh ruang udara negara
Next post Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS, dirangsang oleh pengukuhan harga minyak
Ubah saiz-+=