
Empat individu direman bantu siasatan kes culik kanak-kanak di Iskandar Puteri
JOHOR BAHRU 23 Julai – Dua lelaki dan dua wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Sabtu lepas.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun selepas membenarkan permohonan dikemukakan polis untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua lelaki itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini kira-kira 8.45 pagi dengan berpakaian lokap berwarna ungu dan jingga manakala dua wanita berpakaian lokap berwarna jingga dengan tangan bergari pula tiba 10 minit kemudian diiringi polis.
Semalam, Ketua Polis Johor CP M Kumar dilaporkan berkata tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 28 hingga 55 tahun ditahan di sekitar Iskandar Puteri bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak terbabit.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan sebelum ini dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kanak-kanak itu yang disedari hilang oleh bapanya di pusat beli-belah berkenaan kira-kira 8.30 malam. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...