Empat DUN di Tangga Batu miliki keperluan tertentu untuk dibangunkan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SUNGAI UDANG 15 November – Empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tangga Batu mempunyai ciri dan keperluan tertentu yang boleh dibangunkan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calonnya, Datuk Lim Ban Hong berkata, berdasarkan pertemuannya bersama penduduk mengikut Dun, rata-ratanya menyuarakan supaya pembangunan setempat diberi keutamaan supaya dapat menjana ekonomi penduduk sekitar.

Katanya, berdasarkan pertemuan itu beliau juga memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi penduduk kawasan itu selain memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah berbangkit rakyat.

photo_2022-11-15_15-04-25
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lim Ban Hong. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Apabila saya pergi ke setiap DUN, masing-masing mempunyai ciri-ciri berlainan, contohnya di Pantai Kundur dan Klebang, kebanyakan penduduk di kawasan itu terdiri daripada nelayan dan mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan, jadi saya lihat sektor pelancongan di kawasan itu perlu diberi perhatian.

“Bagi DUN Paya Rumput, kawasan itu lebih banyak taman perumahan dan pusat perniagaan, jadi konteks itu yang perlu dilihat manakala di Sungai Udang komuniti mereka kebanyakannya adalah tentera, jadi antara perkara yang boleh diberi tumpuan adalah dari segi pendidikan anak-anak tentera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau dan beramah mesra bersama pengundi awal di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak 2, di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2793
Kongsi :
Previous post Penghuni banglo berdepan detik cemas tanah runtuh
Next post PRU15: Pusat pengundian awal ditutup 5 petang
Ubah saiz-+=