
Empat ditahan kes penemuan mayat lelaki yang ditetak, dibakar
ALOR SETAR, 16 Feb – Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita di sekitar bandar raya, bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan pada tangan dan muka serta dibakar, di tingkat atas sebuah panggung wayang lama di Pekan Simpang Kuala, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata seorang daripada mereka ditahan semalam, manakala tiga lagi hari ini.
“Semua suspek yang berumur antara 30-an dan 50-an direman sehingga 22 Feb.. kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata identiti lelaki itu masih belum dikenal pasti dan polis masih menunggu laporan bedah siasat.
Semalam mayat seorang lelaki yang berusia lewat 40-an ditemukan oleh anggota bomba, yang sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di bangunan terbiar berkenaan pada kira-kira pukul 7 pagi.
Anggota bomba yang menjalankan operasi memadam kebakaran itu menjumpai mayat lelaki berkenaan di bawah tilam dan sofa yang dibakar di sebuah bilik di tingkat atas bangunan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI ‘PENGIKAT’ SILATURAHIM
TANJUNG BIDARA 31 Mac - Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja meraikan kemenangan umat Islam selepas berpuasa sepanjang Ramadan, bahkan menjadi...
KETUA MENTERI SOLAT SUNAT AIDILFITRI BERSAMA LEBIH 500 PENDUDUK KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 500...
TYT BERSAMA 10,000 UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 31 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI ESOK
KUALA LUMPUR 30 Mac - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar...
TYT, KM HADIR CERAPAN HILAL SYAWAL
TANJUNG BIDARA 30 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...
TIGA LELAKI LARI PEMERIKSAAN POLIS DIBERKAS
KUCHING 30 Mac - Polis berjaya memberkas tiga lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Green di sini awal...