
Empat ditahan disyaki jual sijil cuti sakit palsu
SHAH ALAM, 8 Feb – Polis menahan dua lelaki dan dua wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penjualan sijil cuti sakit palsu sekitar Shah Alam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Azman Ali berkata dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kaloi 17/17 Seksyen 17, Shah Alam, polis turut merampas sejumlah dokumen sijil cuti sakit palsu yang telah siap dicetak dan juga peralatan untuk membuat serta mencetak sijil cuti sakit.
“Antara yang dirampas ialah 62 keping sijil cuti sakit palsu, lima buah telefon bimbit pelbagai jenama, satu set komputer, satu mesin cetak dan dua keping kad ATM,” katanya dalam kenyataan.
Katanya suspek yang berusia 22 hingga 35 tahun itu ditahan reman sehingga 11 Feb ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaya dengan mengemukakan dokumen yang palsu sebagai sah.
“Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan juga dikenakan denda,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
