Empat anggota polis direman bantu siasatan dakwaan bekalkan bahan terlarang
AYER KEROH 22 Jun – Empat anggota polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membekal bahan terlarang kepada tahanan lokap dalam kejadian tiga tahun lalu.
Perintah reman anggota berpangkat koperal dan lans koperal berusia 35 hingga 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sinin.
Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Suspek yang memakai pakaian lokap SPRM bewarna jingga tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka kira-kira jam 9.30 pagi.
Kesemua empat suspek ditahan ketika diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka, petang semalam.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad, mengesahkan penahanan reman kesemua anggota polis berkenaan.
Difahamkan, mereka dipercayai terbabit membawa masuk bekalan terlarang termasuk dadah, tembakau dan makanan kepada tahanan di lokap mereka bertugas dengan menerima upah antara RM600 hingga RM9,000 dalam kejadian pada 2019 hingga 2020.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
175 MASYARAKAT TIONGHOA TERIMA ANGPAU
KUALA LINGGI 17 Januari - Seramai 175 orang masyarakat Tionghoa dari Parlimen Masjid Tanah menerima sumbangan perayaan bersempena Tahun Baharu...
PEMBANGUNAN KUALA LINGGI LEBIH RANCAK 2025
KUALA LINGGI 17 Januari - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan semakin rancak tahun ini dengan pelbagai...
TANGKI RM16 JUTA SELESAI KEMELUT TEKANAN AIR RENDAH KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Masalah tekanan air rendah yang melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal terlerai dengan...
RM5.7 JUTA BANTU SK KAMPONG TENGAH KELUAR DARI ‘KEPOMPONG’ DAIF
KUALA LINGGI 17 Januari - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Tengah, di sini, yang sebelum ini dikategorikan sebagai daif kini berubah...
PAYA RUMPUT PERLUKAN SEKOLAH BAHARU
PAYA RUMPUT 17 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput memerlukan sebuah sekolah baharu bagi mengatasi kepadatan murid...
KAMPUNG DIGITAL LERAIKAN DILEMA PENDUDUK KAMPUNG GUAN
KUALA LINGGI 17 Januari - Pelaksanaan inisiatif Kampung Digital yang menyediakan alamat baharu dilengkapi kod QR disambut baik oleh penduduk...