
Emma Maembong, suami positif COVID-19
Kuala Lumpur: Dramatis jelita, Emma Maembong dan suami, Shazi Azhar disahkan positif Covid-19, semalam, lapor portal berita Harian Metro hari ini.
Difahamkan biarpun tidak mengalami sebarang gejala berkaitan COVID-19, Emma mengambil langkah proaktif untuk melakukan ujian saringan di rumahnya.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 29, berkata, ujian itu dilakukan petugas sebuah klinik swasta dan berterima kasih kepada mereka yang profesional.
“Saya selesai jalani ujian swab di rumah. Saya tak ada sebarang gejala, tapi keputusan ujian saya adalah positif.
“Jadi, walaupun rasa sihat, saja buat ‘swab test’ sebab kita tak tahu kalau kita ada (COVID-19) atau tak.
“Berhati-hati semua dan patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya yang turut berkongsi klip video proses ujian swab itu.
Emma berkata, walaupun dia dan suami disahkan positif wabak itu, anak mereka Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan disahkan negatif Covid-19.
Sementara itu, perkongsian Emma yang popular menerusi drama antaranya, Projek Memikat Suami, Astana Cinta Aleesa dan Isteri Separuh Masa mendapat pelbagai reaksi netizen.
Ada yang bertanya di mana dan bagaimana pelakon itu boleh terkena virus berkenaan dan tidak kurang mendoakan Emma cepat sembuh.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...