Sorting by

×

Ekspo perumahan sasar satu keluarga, satu rumah

Masa Membaca:1 Minit, 49 Saat

BANDARAYA MELAKA 21 Oktober – Kerajaan negeri akan memperbanyakkan penganjuran ekspo perumahan dan hartanah di Melaka bagi memastikan sasaran rakyat untuk memiliki rumah sendiri tercapai.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan berkata, penganjuran ekspo perumahan yang diurus oleh Kerajaan Negeri dijalankan secara berjadual pada setiap tahun.

Katanya, penganjuran ekspo seumpama itu mampu mempertimbangkan hasrat dan pandangan dalam kalangan pembeli dan pihak swasta dari sudut pemilikan rumah.

“Kita berusaha menyediakan perumahan termurah di seluruh negeri ini bahkan dari Malaysia agar hasrat kita memastikan setiap rakyat Melaka bagi satu keluarga satu rumah ini tercapai.

“Menerusi penganjuran ekspo perumahan yang dianjurkan kita akan dapat melihat dari sudut pandangan berbeza daripada mereka untuk dipertimbangkan dengan meliputi dari sudut pembeli, tawaran yang diberikan pihak swasta dan kerajaan negeri.

“Ini sekali gus seiring dengan dasar negeri dengan hala tuju mewujudkan pembangunan mampun yang berdaya huni untuk merealisasikan hasrat Melaka negeri lestari menjelang 2023 di mana sebahagiannya merupakan indikator yang kita ambil dalam sektor perumahan mampan di Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Expo Perumahan dan Hartanah Melaka Edisi Kedua MAPEX 2022 mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Pusat Beli Belah Dataran Pahlawan di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Salleh Hamidom;Timbalan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Melaka, Chee Siang Oy serta tetamu lain.

photo_2022-10-21_16-55-09
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan (dua dari kiri) melawat pameran rumah pada Majlis Perasmian Ekspo Perumahan dan Hartanah Melaka 2022 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. AZLI

Dalam pada itu, Zaidi berkata ekspo perumahan yang diadakan bermula hari ini hingga 23 Oktober depan menawarkan sebanyak 1,992 rumah daripada lebih 39 projek di negeri ini meliputi perumahan mampu milik dan hak milik bebas bermula dari RM70,000 hingga RM500,000.

Dalam pameran itu katanya ia dilengkapi dengan 28 gerai pameran dengan disertai dua agensi kerajaan, dua agensi perbankan dan 21 pemaju perumahan tempatan terlibat dalam penanjuran terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1902
Kongsi :
Previous post Kuasa pengundi tentukan Bajet 2023 – Ismail Sabri
Next post MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 10 negeri
Ubah saiz-+=