EKSPEDISI TEROKA PRODUK PELANCONGAN ALOR GAJAH

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TANJUNG BIDARA 12 September – Kira-kira 20 kumpulan berkenderaan akan terlibat dalam ekspedisi meneroka keindahan tempat pelancongan dalam daerah Alor Gajah menerusi Tanjung Bidara Alor Gajah Explorace 2024, Sabtu ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, program itu diadakan bersempena Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 dengan membuka penyertaan kepada buat orang ramai tanpa mengira usia.

Jelasnya, program itu bukan sekadar penyeri pesta, bahkan ia juga dapat membantu mempromosi produk dan lokasi pelancongan di utara Negeri Melaka.

“Program ini akan bermula di Pantai Tanjung Bidara dengan pelepasannya dijadual pada jam 8 pagi dan dijangka berakhir pada jam 4 petang.

“Terdapat lapan ‘checkpoint’ melibatkan beberapa kawasan pelancongan di Alor Gajah akan didedahkan kepada peserta sekali gus mempromosikan kawasan kawasan terlibat.

“Setiap kumpulan akan disertai empat orang peserta dan menggunakan kenderaan untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang ditetapkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 09 11 At 17.34.10

Dalam pada itu, beliau berkata, sempena Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 pelbagai aktiviti menarik yang lain turut disediakan kepada orang ramai.

“Antaranya, acara tarik tali, panjat tiang licin, tangkap itik, Festival Seni Pasir, Fun Ride, Fun Run, Family Run serta pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

206
Kongsi :
Previous post PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIHEMPAP POKOK TUMBANG
Next post MAHA 2024: PAVILION MELAKA CATAT NILAI JUALAN LEBIH RM6,000 PADA HARI PERTAMA
Ubah saiz-+=