Eksekutif rugi lebih RM100,000 terpedaya tawaran kerja sambilan
SEREMBAN 1 Sept – Seorang eksekutif sumber manusia terpaksa berputih mata selepas kerugian RM111,906 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan menerusi Facebook, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, wanita berusia 27 tahun yang menetap di Taman Bukit Senawang Perdana itu mendakwa berurusan dengan individu dikenali sebagai ‘Annie’ yang memintanya membayar sesuatu barangan dan diberikan keuntungan 10 peratus daripada harga setiap barangan berkenaan.
“Wanita itu kemudian perlu berurusan dengan pengurus khidmat pelanggan bernama ‘Michell’ dan ‘Mr Tan’ daripada pengurusan kredit lalu tertarik dengan tawaran kerja sebagai ‘pembantu pemasaran’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Aibee berkata wanita itu melakukan 25 transaksi pembayaran menggunakan wang akaun peribadi dan akaun bank milik bapanya ke dalam beberapa akaun bank berbeza, melibatkan keseluruhan RM111,906.17.
Beliau berkata wanita itu menyedari ditipu selepas dia gagal mendapatkan sebarang pulangan keuntungan seperti dijanjikan lalu membuat laporan polis semalam.
Katanya kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...