Ekopelancongan Paya Lebar tarik 1,437 pelancong
SERI NEGERI 4 Jun – Produk pelancongan baharu diperkenalkan Kerajaan Negeri iaitu Ekopelancongan Paya Lebar, Masjid Tanah mendapat sambutan cukup menggalakkan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sejak diperkenalkan, kawasan tarikan pelancongan di utara Negeri Melaka itu telah menarik kehadiran 1,437 pelancong seluruh Malaysia.
“Pelancong menikmati keindahan pemandangan flora dan fauna selain dapat melihat sendiri habitat buaya,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Taat Setia Ketua Menteri bersempena Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Bagi Penggal Ke-2 di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini
Untuk rekod, antara tarikan yang terdapat di Paya Lebar ialah menelusuri Sungai Linggi dengan menaiki Eco-Cruise Sungai Linggi.
Selain itu, pelancong boleh melawat sangkar terapung menjalankan penternakan, Taman Lokan, Kota Simpang, Restoran Terapung dan Sabak Arang.
Sungai Linggi dan Sungai Paya Lebar juga terkenal sebagai lubuk udang galah yang mampu menarik kaki pancing dari seluruh negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TANGANI 4 ‘HOTSPOT’ BANJIR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Usaha menangani pemasalahan banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor terus diberi perhatian...
MACAM-MACAM ADA SEMPENA ULANG TAHUN KE-18 PERBANDARAN JASIN
JASIN 10 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan pelbagai program dan aktiviti sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Perbandaran Jasin...
MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025
KESIDANG 9 Januari - Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman...
KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
AYER KEROH 9 Januari - Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka...
MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Oleh: Dr. Navpreet Sidhu Pakar Bedah Mata Putra Specialist Hospital Melaka PADA zaman kini, ketegangan mata digital atau lebih dikenali...
PEMANDU LORI PARAH, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 178.5
JASIN 9 Januari - Seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan...