Sorting by

×

Ekopelancongan Paya Lebar potensi besar peminat karavan

Masa Membaca:2 Minit, 9 Saat

AYER LIMAU 22 Disember – Kekayaan dan kehijauan ekosistem di Pusat Ekopelancongan Paya Lebar mampu membawa potensi besar bagi menarik lebih ramai pencinta karavan atau ā€˜camper vanā€™ untuk menginap di kawasan itu.

Bagi Nizam Awami,58 dia sanggup memandu sejauh hampir 600 kilometer dari Perlis sanggup datang ke kawasan berkenaan disebabkan kepelbagaian daya tarikan yang ada dan menyifatkan ia tidak sama seperti negara lain di dunia.

Nizam yang telah mengembara 38 buah negara bersama isteri, Haniza Bajuri, 58 sejak dua tahun lalu berkata, Pusat Ekopelancongan Paya Lebar mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi bagi menarik lebih ramai peminat itu bertandang ke kawasan terbabit.

Bagaimanapun katanya, langkah bagi memastikan kelengkapan fasiliti dan kemudahan yang selesa perlu dilaksanakan segera sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

ā€œCara peminat karavan di Malaysia agak berbeza dengan orang Eropah kerana rata-rata mereka akan cari kawasan yang menghijau dan jauh dari bandar.

ā€œCuma kawasan ini perlu ditambah baik seperti penyediaan tandas kerana buat masa ini hanya sebuah bilik air dan tandas disediakan dan kalau ramai peminat karavan yang datang mereka terpaksa berkongsi termasuklah yang lelaki atau perempuan pun,” katanya ketika ditemui di kawasan pelancongan itu.

Selain itu, dia juga menyarankan supaya kawasan itu dibekalkan dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air serta jaringan internet.

ā€œKami tidak kisah jika dikenakan caj tapi biarlah kawasan ini dilengkapi dengan banyak kemudahan seperti ini,ā€ katanya.

Ujarnya selain itu, penambahbaikan seperti menyediakan kawasan pelupusan kimia daripada tandas mudah alih karavan perlu disedidakan.

ā€œDalam karavan terdapat tandas yang perlu diselenggara dan jika untuk melupuskan sisa satu bahan kimia diperlukan untuk membersihkan tanda dan ia perlu dibuang di kawasan yang disediakan.

ā€œKita tidak boleh membuang sisa kimia ini ke dalam sungai kerana jika ini berlaku spesies udang galah dan hidupan yang ada dalam sungai ini akan berkurang suatu hari nanti,ā€ katanya.

Whatsapp Image 2023 12 21 At 18.28.01 0d2aa171
IBRAHIM mengembara dari Perak ke pusat pelancongan itu bagi merasai pengalaman bermalam menggunakan karavannnya.

Sementara itu, seorang pengembara karavan, Ibrahim Abd Wahab,66, turut meluahkan pandangan sama bahawa kawasan pelancongan baharu itu mempunyai daya tarikan tersendiri dan tidak sama seperti kawasan lain yang pernah dilawatinya.

Katanya, Caravan Park yang disediakan di pusat ekopelancongan itu sekali gus mampu menarik kaki pancing untuk berkampung dengan lebih lama di situ.

ā€œKalau boleh Kerajaan Negeri perlu sediakan lebih banyak fasiliti kemudahan sebab peminat karavan ini akan datang dalam berkumpulan sehinggakan lebih 30 karavan akan datang pada sesebuah masa.

ā€œKita kena bersedia menyediakan kemudahan ini sebab kawasan ini memang berpotensi terutama buat golongan kaki pancing,ā€Ā katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2553
Kongsi :
Previous post Melaka wakil Malaysia ke Asian Clean Tourist City Standard
Next post Dua maut, lima cedera nahas babit tiga kereta
Ubah saiz-+=