
Ekonomi Melaka berkembang catat KDNK RM45.5 bilion pada 2022
SERI NEGERI 5 Mac – Ekonomi Negeri Melaka terus berkembang seiring dengan ekonomi negara apabila Kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri tahun 2022 mencatatkan nilai RM45.5 bilion.
Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata nilai itu menunjukkan perkembangan pada kadar 8.6 peratus berbanding RM41.9 bilion pada tahun 2021.
Tun Mohd Ali berkata demikian ketika berucap pada perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Persidangan DUN Melaka di sini, hari ini.
“Pendapatan perkapita Melaka adalah sebanyak RM50,407.00 pada tahun 2022 berbanding RM44,679.00 pada tahun sebelumnya.
“Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang tertinggi ekonomi negeri sebanyak RM23 bilion atau 50.5 peratus.
“Manakala sektor pembuatan merupakan penyumbang kedua tertinggi sebanyak RM16.9 bilion atau 37.2 peratus diikuti sektor pertanian sebanyak RM4.5 bilion atau 10 peratus dan sektor pembinaan sebanyak RM943 juta atau 2.1 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...