Sorting by

×

Eko pelancongan Paya Lebar diangkat ke peringkat lebih tinggi

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER LIMAU 23 September – Sektor eko pelancongan di Paya Lebar mampu diangkat ke peringkat yang lebih tinggi berikutan memiliki khazanah alam yang menarik dan kepelbagaian ekosistem.

Perkara itu diakui Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia, Shahrin Mokhtar hasil Program Jom Balik Kampung Homestay Malaysia @ Melaka 2022 bermula hari ini hingga Ahad.

Jelasnya, hasil lawatan pelbagai tarikan dikenal pasti mampu menjadikan Paya Lebar sebagai satu-satunya lokasi unik di Negeri Melaka dalam sektor eko pelancongan.

“Kawasan ini cukup berpotensi dan kalau boleh pada masa akan datang kita akan adakan seminar membabitkan penduduk dan pemain industri pelancongan,” katanya ketika ditemui selepas Program Jom Balik Kampung Homestay Malaysia @ Melaka 2022 di Pengkalan Nelayan Paya Lebar, di sini, hari ini.

Sharin berkata, Tourism Malaysia bersetuju mempromosikan pelancongan ‘homestay’ dan ‘kampungstay’ berikutan itu pihaknya perlu melihat ‘selling point’ yang unik untuk dijadikan sebagai ‘hero product’ sekali gus menyokong usaha pelancongan luar bandar.

pengunjung

ANTARA pengunjung yang tiba di jeti selepas menyusuri Sungai Paya Lebar pada Program ‘Jom Balik Kampung’ Homestay Malaysia@Melaka di Jeti Pengkalan Nelayan Paya Lebar, Masjid Tanah. Foto: MR. AZLI

Menurutnya, eko pelacongan di Paya Lebar dipromosikan menerusi laman sesawang dan media sosial serta hebahan di 38 cawangan Tourism Malaysia seluruh negara.

“Promosi juga akan dibuat di pusat pelancongan Tourism Malaysia di luar negara dan ini akan menarik lebih banyak lagi pelancong ke kawasan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2224
Kongsi :
Previous post Maklum jika ada longkang tidak diselenggara di Merlimau
Next post Lelaki bebas tuduhan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak
Ubah saiz-+=