Ejen kapal persiaran bantu tarik pelancong ke Melaka

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 12 April – Ejen kapal persiaran mewah diminta agar bersama-sama mempromosikan Negeri Melaka kepada penumpang yang mengikuti pelayaran khususnya menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata pelbagai pakej istimewa akan ditawarkan kepada pelancong dari perairan antarabangsa berminat singgah di negeri ini.

“Sebagai contoh hari ini seramai 390 pelancong dari Eropah dan Jerman menaiki kapal persiaran ‘Ms Amadea’ singgah di negeri Melaka untuk melihat produk pelancongan yang ada di negeri kita.

“Justeru saya mengharapkan ejen-ejen perkapalan persiaran ini dapat membantu menguar-uarkan kepada pengusaha kapal mewah mengenai keunikan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan pelancong-pelancong dari Jerman dan Eropah yang menaiki kapal persiaran ‘Ms Amadea’ di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) negeri, Badaruddin Mohd Kassim dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.

Untuk rekod bermula Januari lalu sehingga hari ini sebanyak lima kapal persiaran mewah berlabuh di perairan Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1694
Kongsi :
Previous post Dira berkonvoi hantar sumbangan
Next post Aidilfitri: Keluarga boleh lawat tahanan pada raya ketiga dan keempat
Ubah saiz-+=