
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April – Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya dihadapan sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemui sepupunya iaitu seorang wanita yang ke lokasi kejadian kira-kira jam 9.30 malam.
“Terdahulu wanita berkenaan beberapa kali mengetuk pintu SUV berkenaan, namun mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas, lebih mencemaskan bahagian dalam kenderaan itu berwap, dia kemudian menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.
“Selepas pintu kenderaan berjaya dibuka pihak bomba, pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia, setakat ini tidak ada kesan kecederaan atau unsur jenayah ditemui,” katanya.
Menurut Christopher, hasil keterangan daripada pihak keluarga, mangsa dipercayai mengalami masalah hutang melibatkan urusan pembelian hartanah.
“Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) selain punca sebenar kematian masih belum diperoleh dan menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....