
Edar pelitup muka, cecair basmi kuman di sekolah
ASAHAN 24 Jun – Pengerusi Jawatankuasa Khas Covid-19 Negeri, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan meninjau perjalanan operasi di dua sekolah dalam Parlimen Alor Gajah sempena pembukaan semula sekolah kepada pelajar tingkatan lima dan enam hari ini.
Dalam lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selandar dan SMK Nyalas itu, beliau mengambil kesempatan mengedar pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada warga sekolah selain beramah mesra dengan pelajar.
Dalam ucapannya, Abdul Ghafar menerangkan langkah-langkah keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi pelajar dan guru sepanjang sesi persekolahan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan turut memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), awal tahun depan.
Hadir sama pada lawatan itu, pegawai dari Jabatan Pelajaran Jasin, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Asahan, Penghulu dan pemimpin masyarakat setempat.
Views:
Related

Berita Lain
50,000 DIJANGKA ‘SERBU’ SAMBUTAN HARI RAYA MADANI MELAKA, 5 APRIL DEPAN
KLEBANG 17 Mac - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Madani 2025 yang dijadual pada 5 April depan,...
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...