
Edar kanabis lebih 700 gram, penghantar makanan dihukum gantung
JOHOR BAHRU 24 Nov – Seorang penghantar makanan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 764.90 gram dadah jenis kanabis, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menjatuhkan hukuman itu ke atas Izad Shahizal Pungot, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Kamal berkata pihak pembelaan gagal menyangkal anggapan di bawah Seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 terhadap pengedaran dadah, oleh itu mahkamah mendapati tertuduh bersalah bagi pertuduhan tersebut.
Izad Shahizal didakwa mengedar dadah itu di sebuah rumah di Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah, di sini kira-kira 9.30 malam, 16 Jan 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak 2019.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala peguam Shaik Saleem S. M. Daud mewakili tertuduh.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...