Sorting by

×

ECO CRUISE SUNGAI LINGGI JADI PILIHAN PELANCONG HUNGARY

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER LIMAU 6 November – Melaka yang terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan terus menjadi pilihan pelancong dari luar negara sebagai destinasi pilihan.

Terbaharu, seramai 38 pelancong dari Hungary telah memilih negeri ini sebagai destinasi percutian mereka dengan menggunakan khidmat sebuah ejen pelancongan.

Mereka memilih Eco Cruise Sungai Linggi di Paya Lebar sebagai destinasi pilihan bagi menerokai keunikan alam semulajadi yang ada di negeri ini.

Lebih istimewa, kehadiran mereka telah disambut sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut bersama, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris.

Ab Rauf dalam satu hantaran di Facebook rasminya percaya pelancong dari Hungary itu akan teruja apabila menikmati keindahan ekopelancongan yang terdapat di kawasan utara Melaka.

“Saya percaya para pelancong akan teruja menikmati pengalaman menaiki bot Eco Cruise Sungai Linggi, menyaksikan kawasan penternakan ikan dalam sangkar, Taman Lokan, Kota Simpang, menikmati hidangan di Restoran Terapung, dan banyak lagi tarikan lain di Sungai Linggi.

“Inilah keunikan yang ada di Sungai Linggi. Tiada di tempat lain. Mana Lagi? Melaka Ler…,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

503
Kongsi :
Previous post TREK MONOREL JADI LALUAN PEJALAN KAKI
Next post KUBUNG TERSANGKUT KAWAT BERDURI DISELAMATKAN APM
Ubah saiz-+=