Eco-Cruise Sungai Linggi dapat sambutan menggalakkan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER LIMAU 24 Disember – Eco-Cruise Sungai Linggi yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mendapatkan sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang mahu merasai pengalaman menelusuri Sungai Linggi secara percuma.

Namun perkhidmatan percuma yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSPM) itu hanya dihadkan kepada 40 individu terawal sahaja.

Jurumudi Eco-Cruise Sungai Linggi, Shahril Abu berkata, setakat ini perkhidmatan itu menawarkan dua trip sahaja bagi operasi yang dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Setakat ini kami tidak buka tempahan atas talian atau tempahan awal, tawaran ini bersifat ‘first come-first serve’ kepada 20 terawal bagi sesi pagi dan 20 lagi untuk sesi petang.

“Kemasukan percuma ini hanya melalui kaunter tiket sahaja dengan sebuah bot dibenarkan membawa 20 penumpang untuk satu perjalanan. Bagaimanapun operasi turut bergantung kepada keadaan pasang surut air.

“Bagi sesi pertama, bot ini akan meninggalkan jeti pada pada 9.30 pagi dan sesi kedua pula adalah pada 2.30 petang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pihaknya memohon maaf kepada pengunjung yang tidak berpeluang menikmati tawaran bot percuma itu.

Malah ujarnya, bot hanya dibenarkan membawa 20 penumpang sahaja dalam sesebuah masa bagi mengikuti ketetapan keselamatan penumpang.

“Jadual 9.30 pagi dan 2.30 petang itu juga bergantung kepada keadaan air, pelancong tidak boleh samakan dengan perkhidmatan Melaka River Cruise yang mengikut jadual.

“Ia disebabkan di sungai Melaka mempunyai pintu air membolehkan kita mengawal pasang surut air itu sendiri berbanding di Paya Lebar ia mengikut keadaan semula jadi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3729
Kongsi :
Previous post 2,300 peserta berpakaian tradisional, kostum meriahkan Larian Budaya Duyong Kita
Next post PDRM nafi buat sebaran mesej penipuan ‘Sim Swap’
Ubah saiz-+=