Sorting by

×

E-sukan: Lapan judul permainan tawar 10 pingat emas Sukan SEA Hanoi

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KUALA LUMPUR 26 Mac. – Lapan judul permainan e-sukan termasuk ‘League of Legends: Wild Rift dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang menawarkan 10 pingat emas, akan dipertandingkan pada Sukan SEA di Hanoi, hujung tahun ini.

Persatuan Rekreasi dan Sukan Elektronik Vietnam (VIRESA) berkata, tiga judul permainan adalah untuk permainan komputer iaitu bagi acara League of Legends (berpasukan), Fifa Online 4 (berpasukan) dan Crossfire (berpasukan), manakala selebihnya bagi permainan peranti mudah alih.

Judul permainan untuk peranti mudah alih pula termasuklah acara League of Legends: Wild Rift lelaki dan wanita berpasukan; Arena of Valor (berpasukan); PUBG berpasukan dan individu; Free Fire (berpasukan) dan Mobile Legends: Bang Bang (berpasukan).

“Kesemua judul permainan disenaraikan untuk dipertandingkan pada Sukan SEA ke-31 itu, telah dilesenkan untuk dimainkan di Vietnam oleh Kementerian Informasi dan Komunikasi,” kata VIRESA dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut VIRESA, pertandingan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kebangsaan Vietnam di Hanoi.

Sukan SEA 2021 dijadualkan berlangsung dari 21 Nov hingga 2 Dis akan melangsungkan 40 jenis sukan.

Untuk rekod, pemain Hearthstone yang juga ahli akademik Dr Yew Wen Kean yang memiliki PhD dalam kejuruteraan elektronik, memenangi pingat emas e-sukan pertama negara, pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

465
Kongsi :
Previous post MAQIS rampas daging kambing import dari Australia tiada logo halal
Next post Curi elektrik demi Bitcoin, TNB rugi RM9 juta
Ubah saiz-+=