
e-Learning tetap diteruskan selepas pandemik – KEMAS
AYER KEROH 4 Ogos – Program pembelajaran e-Learning dianjurkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan diteruskan seperti biasa biarpun pandemik COVID-19 berakhir.
Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, program e-Learning yang dianjurkan sebagai pendekatan pembelajaran di rumah itu turut menerima sambutan peserta kelas kemahiran anjuran agensi terbabit.
Katanya, sistem pembelajaran atas talian telah diperkenalkan di setiap bidang program termasuk pendidikan kanak-kanak dan dewasa.
“Kita melihat sambutan tinggi terhadap kelas-kelas kemahiran yang kita anjurkan menyebabkan pusat latihan yang disediakan terhad kepada peserta.
“Program e-Learning ini seharusnya diteruskan sebagai salah satu alternatif untuk pendekatan pembelajaran dan akan menjadi trend baharu akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Meraikan Sukarelawan Penyediaan Pakaian Pelindungan Diri (PPE) di Dewan Seri Bendahara, di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...