E-ID Awam dan MYJPJ mudahkan pengguna

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BUKIT KATIL 11 Ogos – Orang ramai kini boleh melakukan transaksi membabitkan pelbagai urusan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ secara dalam talian menerusi tiga portal utamanya.

Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, perkhidmatan secara dalam talian itu ditawarkan menerusi Portal Awam, Portal Rakan Niaga dan Portal Kakitangan.

Katanya, kategori ID Orang Awam (Individu) yang terkandung di dalam Portal Awam kini ditambah baik apabila menggunakan nama baharu iaitu E-ID.

Menurutnya, pelanggan berdaftar boleh melakukan sehingga 38 transaksi berkaitan JPJ hanya menerusi portal.

Jelasnya, pada masa akan datang pemilik kenderaan tidak perlu lagi hadir ke Pejabat JPJ untuk membuat pembaharuan cukai jalan sebaliknya boleh dilakukan hanya menerusi capaian E-ID.

“Kami juga menerima maklum balas positif daripada pelanggan apabila berlaku peningkatan pendaftaran bagi capaian ‘E-ID Advanc’e. Pada Jun kita rekodkan seramai 113 orang yang hadir, manakala bulan lalu pula 129 orang dan untuk Ogos sehingga hari ini (semalam) sudah 82 yang hadir ke Pejabat JPJ Melaka untuk membuat pendaftaran serta mendapat pengesahan biometrik.

“Menariknya mereka yang datang membuat pendaftaran bukan sahaja dalam kalangan orang muda malah semua peringkat usia,” katanya selepas Taklimat Khas E-ID Awam dan MYJPJ Bersama Pengamal Media, di Pejabat JPJ Negeri Melaka, Bukit Katil, di sini, semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, orang awam digalakkan mendaftar akaun masing-masing secara digital menerusi Portal Awam JPJ ataupun aplikasi Mobile JPJ.

“Meskipun begitu JPJ masih menyediakan pilihan kepada orang awam untuk berurusan secara digital atau fizikal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2457
Kongsi :
Previous post MPJ anjur Pertandingan Kibar Jalur Gemilang
Next post 924 kes penceraian di Melaka amat membimbangkan
Ubah saiz-+=