
Duyong ‘full house’ dengan tetamu datang beraya
DUYONG 1 Mei – Ribuan pengunjung membanjiri Jamuan Mega Raya Duyong Kita 2024 di Taman Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit di sini, malam ini.
Biarpun hujan lebat pada petang tadi, namun ia tidak putus-putus dibanjiri tetamu dari dalam dan luar negeri bagi bersama-sama meraikan Aidilfitri anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.
Malah, ada yang juga sanggup datang dari luar Melaka untuk mengambil kesempatan bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang popular di platform media sosial.
Lebih menarik jamuan mega itu turut menampilkan ikon-ikon terkenal Duyong seperti Dak Nor, Aunty Cerek, Aunty Darling, Cucu Cik Kintan, Nenek Petir, Makcik itik dan lain-lain, selain turut diserikan dengan persembahan artis dan pempengaruh media sosial seperti Nizam Laksamana dan Babah & Team.
Turut kelihatan maskot ‘unicorn’ dan dinasaur yang mencuri perhatian para pengunjung khususnya anak-anak kecil yang ingin berswafoto sebagai tanda kenangan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
