
DURIAN TUNGGAL KAMPUNG TERPILIH PROGRAM MENTOR MENTEE
DURIAN TUNGGAL 8 Oktober – Tiga kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal terpilih bagi pelaksanaan Program Mentor Mentee oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil program itu dilaksanakan di Kampung Belimbing Dalam, Kampung Pulau dan Kampung Panchor.
Zahari berkata, KKDW menyalurkan peruntukan antara RM10,000 hingga RM15,000 kepada kampung berkenaan bagi melaksanakan program-program yang melibatkan komuniti.
“Antara aktiviti dilaksanakan adalah penganjuran bengkel kuih bakar dan menternak siput sedut, saya percaya inisiatif ini mampu meningkatkan pendapatan orang kampung.
“Alhamdulillah DUN Durian Tunggal terpilih, diharap kepercayaan daripada KKDW menjadikan kampung berkenaan sebagai contoh kepada penempatan di DUN lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu KKDW telah mengadakan lawatan di Kampung Panchor pada Sabtu lalu bagi melihat program menti yang telah dijayakan oleh penduduk tempatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...
SAMBUTAN MERIAH BAZAR AIDILFITRI MELAKA PETANDA EKONOMI BAIK
KLEBANG 17 Mac - Kehadiran ribuan pengunjung ke bazar Aidilfitri utama di negeri ini menunjukkan keadaan ekonomi rakyat Melaka berada...