Sorting by

×

DUNIA ‘AI’ CABARAN BESAR KEPADA ANAK-ANAK

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

ALOR GAJAH 14 November – Kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) hari ini memberi cabaran lebih besar kepada anak-anak, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata dunia AI mampu mengubah kehidupan seseorang individu, justeru ia perlu seiring dengan perkembangan anak-anak pada masa kini.

“Peluang dan ruang pendidikan terbuka luas bagi melahirkan pembuat dasar yang berkepimpinan di masa hadapan.

“Dengan dunia AI, masa depan anak-anak akan menjadi lebih mencabar.

“Bagaimanapun, penggunaan teknologi ini perlu ada batas dan hadnya agar tidak terpesong akidah daripada dunia sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutup Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka Bijak SPM dan STPM 2024 di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) Alor Gajah di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut berpesan supaya anak-anak di Melaka sentiasa beriltizam untuk menjadi generasi yang bertanggungjawab.

“Jadilah anak-anak pembuat dasar kepada generasi akan datang, bersiap sedia untuk menghadapi cabaran mendatang. Perlu ingat sentiasa hormati ibu bapa kita dan hargai jasa guru-guru yang mencurahkan ilmu dalam mendidik kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

111
Kongsi :
Previous post LELAKI CURI TABUNG TOKONG KENA CEKUP
Next post KERANA KASIHNYA IBU…
Ubah saiz-+=