
DUN PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA
PAYA RUMPUT 31 Mac – Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput akan menjadi DUN pertama membuka tirai penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka pada Aidilfitri tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin berkata, rumah terbuka itu akan diadakan pada 1 April (2 Syawal) bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Krubong.
Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, sama seperti tahun sebelum ini, penganjuran majlis itu akan turut mendapat kerjasama daripada kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.
“Rumah terbuka ini akan diadakan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang dan pelbagai menu serta juadah menarik hari raya akan dihidangkan.
“Jadi, dijemput semua untuk datang bersama keluarga bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.
Tambah Rais, penganjuran rumah terbuka itu bukan hanya terhad kepada warga DUN Paya Rumput, bahkan seluruh rakyat Melaka juga dijemput hadir.
Katanya, majlis itu akan turut diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Hazama dan Dato’ Hattan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...