DUN Pantai Kundor: Jom rebut lebih 100 pekerjaan di kilang TKR Manufacturing

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PANTAI KUNDOR 14 April – Sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, Tanjung Kling di sini menawarkan lebih 100 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata ketika lawatannya ke Kilang TKR Manufacturing (M) Sdn Bhd baru-baru ini, beliau sempat melihat kawasan persekitaran dan operasi kilang berkenaan.

Katanya, kunjungannya bersama pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan pemimpin setempat disambut Pengarah Urusan TKR Manufacturing (M) Sdn Bhd, N Paul dan pihak pengurusan kilang berkenaan.

“Lawatan berkenaan diadakan bagi melihat dan mengambil maklum tentang operasi kilang serta peluang pekerja yang boleh ditawarkan kepada anak tempatan khususnya di DUN Pantai Kundor.

“Saya dimaklumkan lebih 100 peluang pekerjaan ditawarkan dan mereka boleh merebut peluang untuk membina kerjaya di kilang terbabit,” katanya yang turut membuat lawatan ke bahagian pembuatan produk elektronik kilang terbabit.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil pertemuan itu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam dijangka mengadakan kunjungan ke kilang berkenaan tidak lama lagi.

“Berdasarkan perbincangan susulan, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun dijadualkan membuat kunjungan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Semoga hubungan erat antara JAPERUN Pantai Kundor dan pihak TKR Manufacturing (M) Sdn. Bhd. dapat memberi manfaat yang besar buat penduduk setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3546
Kongsi :
Previous post MyICE: Melaka sasar 100 persatuan rebut geran RM1 juta
Next post Penduduk dakwa jadi mangsa akibat penutupan jalan
Ubah saiz-+=