
DUN Melaka: Sidang dipendekkan berikutan kes COVID-19
SERI NEGERI 27 Dis – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, yang bersidang hari ini, dipendekkan kepada satu hari sahaja daripada empat hari yang ditetapkan sebelum ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata langkah itu adalah berikutan berlaku penularan pandemik COVID-19 yang membabitkan beberapa Ahli DUN, selain ada yang menjadi kontak rapat pasangan serta pegawai masing-masing.
Katanya Jabatan Kesihatan Negeri Melaka turut mencadangkan sidang DUN dipendekkan.
Usul itu memendekkan sidang DUN tersebut diluluskan dengan sokongan majoriti.
Sulaiman kemudian membuat pembentangan Bajet Melaka untuk tahun 2022.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...