
DUN Melaka bersidang 25-27 Julai
AYER KEROH 13 Julai – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 bakal bersidang selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai ini di Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri.
Speaker DUN, Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, bagi persidangan ketiga penggal pertama itu pihaknya telahpun menerima soalan-soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada secara lisan atau bertulis.
“Setakat ini kita sudah tutup penerimaan soalan lisan dan bertulis daripada ADUN untuk dibawa pada hari persidangan nanti.
“Dari segi prosedur operasi standard (SOP) kita sudah bertanyakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi masih belum menerima apa-apa jawapan berkenaan SOP persidangan kali ini.
“Bagaimanapun, kita akan mengikut segala pandangan KKM bagaimana perjalanan persidangan DUN kali ini sebaik menerima arahan daripada mereka,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata hari pertama persidangan tersebut akan dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya diikuti dengan soalan-soalan lisan oleh ADUN.
“Hari pertama sidang DUN kita terus masuk dewan dan saya akan memimpin bacaan doa. Selepas itu, kita akan teruskan dengan soalan-soalan lisan daripada ADUN,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...